Tuesday, August 27, 2013

TRAILER NOVEL HALUSINASI

Ilham Grup Buku Karangkraf

Ilham Grup Buku Karangkraf

Sinopsis novel bicara sebuah Diari Karya zaifuzaman ahmad...


Noreen seorang penulis skrip yang secara tidak langsung terlibat di dalam satu kejadian pembunuhan yang telah lama berlaku. semuanya berpunca daripada mimpi-mimpi yang pernah dia alami sebelum ini. Adawiyah dan Rohayu muncul di dalam mimpinya. meminta dia agar berhati hati . Ditakdirkan dia telah pergi ke sebuah vila untuk menyiapkan skrip terbaharunya. Di situlah segala mimpinya mula terjawab. Bermula dengan penemuan gambar dan diari milik Rohayu semakin dia merasakan semua itu ada kena mengena dengan suhaimi rakan baik suaminya Azam. Noreen terkejut apabila dia mendapat pangilan telefon dari Maria isteri suhaimi. Melalui Maria akhirnya segala rahsia terbongkar dengan sendirinya.....




Sunday, August 25, 2013

sinopsis novel mama mia syaza



Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka. 


Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan lakukan saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal.

“I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?”- Syazwan
“Okay, fine. What if I choose the baby?”- Maya
“Then I’ll leave, Maya.”- Syazwan

Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri.

Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi.

“Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.” - Syazwan
“Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” - Maya

Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Ilman yang tiba-tiba muncul antara mereka.

Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Ilman dan tidak memilih permata hati mereka, Mia Shaza sekaligus menolak dirinya?

i love sunan

i love sunan

snap 3...

snap 3...