Friday, October 10, 2014

SINOPSIS BUKU Khutbah Rasululllah: Wasiat Agung Buat Umat Tercinta ~ Rohidzir Rais...


Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggung jawab luar biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambanya, Rasulullah perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga.
Prihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pemimpin lain. Beliau menyampaikan pesanan dan teguran di medan peperangan, di pasar, di kebun, di tepi jalan, malah ketika berada di atas belakang unta.
Sewajarnya kita mencemburui para sahabat yang berpeluang mendengar nasihat dan kata-kata indah daripada Rasulullah. Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa, membangkitkan rohani. Besarnya impak kata-kata Rasulullah dapat dilihat pada emosi sahabat yang terusik hingga menitiskan air mata, merintih kekesalan. Malah musuh yang mahu membunuhnya juga terkesima hingga melepaskan pedangnya.
Alangkah indahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan dan teguranRasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditujukan khusus kepada sahabat-sahabat tertentu.
Walau pun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.

SINOPSIS NOVEL DIA IMAMKU ~ NAJWA RAHMAN...




Bila mama Insyirah mengusulkan untuk
perkahwinannya dengan Naufal, dia bersetuju tanpa raguragu
kerana gambaran Naufal sama seperti gambaran lelaki
misteri dalam mimpi-mimpinya.
Tetapi, saat dia mula
mengenali lelaki itu, hatinya dibalut sebal dan geram. Lelaki
itu tak seperti yang dia gambarkan. Naufal seorang yang sinis,
dingin, beku dan lain-lain lagi.

Tetapi sesudah mereka diijabkabulkan, Naufal
bukanlah dingin mana. Si kelat-kelat masam ni pun lelaki
biasa. Bisa bertukar menjadi si manis-manis gula yang buat
Insyirah terkena kencing manis setiap masa.

Saat bahagia meraja jiwa, mereka harus terpisah
dek cita-cita sang suami. Ketika itu, hadirnya ‘si dendeng’
yang mengocak hubungan bahagia itu. Mampukah mereka
bertahan dengan hanya kasih sayang mereka? Atau, ikatan
suci yang dicipta kerana keluarga bakal terlerai begitu saja?
“Abang janji pada Insyirah, cinta abang hanya untuk
Insyirah sorang dan hanya abang yang akan jadi imam
Insyirah. Tiada lain, insya-Allah.” - Naufal.

“Dia memang sudah ditakdirkan untuk menjadi
imamku sedari awal, cuma aku tidak menyedarinya.” -
Insyirah.”

SINOPSIS NOVEL AKU BUKAN MISTRESS ~ ACIK LANA



Marahlah sepuas hatimu,
caci makilah selagi kau terdaya,
hinalah aku selagi kau mampu.
Tapi..... kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

SINOPSIS NOVEL SEJARAH ~ KONSTANTINOPEL KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH



Novel sejarah bertemakan tempat ini sarat dengan fakta tetapi diadun dengan beberapa watak fiksyen. Jika novel sejarah pertama beliau Macedonia menceritakan tokoh Raja Zulqarnain, melalui novel ini, Web Sutera memasukkan tokoh-tokoh Islam yang cuba membebaskan Konstantinopel termasuklah Sultan Muhammad Al-Fateh.
Konstantinople sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke -7 sebelum masihi. Nama asalnya ialah Bizantium. Dimasyurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Bizantin untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.
Kemegahan kota mecemburui pelbagai pihak, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.
Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi.

Sinopsis Novel MY OPPA MR. CAPPUCCINO...Selamat Membaca...!!!




Khausar, seorang penuntut kolej di sebuah pekan kecil. Bersahabat dengan Cecila, Denia dan Pijat yang sering membantu. Namun, harapannya hanya satu. Dia ingin kembali ke Jannatul Naem. Bekerja dengan Encik West pun kena pecat. Menyewa bilik Mak Cik Rita pula kena halau. 

Istifan merupakan seorang penyanyi terkenal. Hidupnya biasa bersulamkan kemewahan dan mempunyai ramai pekerja. Minuman kegemaran, mestilah kapucino! Minuman itu jugalah yang membawa dirinya ke Siputeh. Tempat yang memaut hatinya. Sekurang-kurangnya, tidak ada Ruby di situ! 

Kerana segelas kapucino, Khausar dan Istifan ditakdirkan bertemu. 
“Saya yang beli rumah ni. Macam mana boleh jadi rumah awak pula?” Istifan cuba mengawal dirinya. 

“Kalau macam tu awak tahulah berapa bilik yang ada kat sini?” Khausar bertanya. 
Sengaja ingin melihat respons yang bakal diterimanya. 

Bila dah bertemu dan suka, Istifan mula melamar. 

“Kalau saya cakap err... tak?” duga Khausar. 
“Saya terima dan nampaknya terpaksalah saya terus goda awak setiap hari.” Selamba Istifan menyahut. 

Hari-hari yang dilalui bersama Mr. Cappuccino mula membuatkan Khausar jatuh hati. Bila sudah bahagia, Istifan lupa akan dirinya lalu memilih Ruby! Lalu, bolehkah dia bersatu semula dengan oppanya?

Tuesday, September 30, 2014

sinopsis novel raudhah karya RAM....







SINOPSIS 

JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih.

Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati! Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup.

Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’

Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

sinospsis (sedutan cerita pocong balik rumah)






Sedutan Cerita




Sedang dia leka dengan kerjanya, telinganya bagaikan menangkap satu bunyi. Lantas dia mematikan mesin hampa gas itu. Terus dia berdiri tegak sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Ruang legar luar itu diperhatikan seketika. Kosong! Tidak ada kelibat sesiapa pun yang dilihatnya ketika ini. Bunyi apa yang dia dengar tadi? Pertanyaan itu berkocak di dalam mindanya. 
Lebai Leman menyambung semula kerjanya. Sekali lagi ruang sepi itu diisi dengan bunyi mesin hampa gas yang bergema kuat. 
Lebai Leman terhenti lagi. Mesin ditutup dengan pantas. Bunyi aneh itu muncul lagi. Biar pun tidak jelas namun dia pasti memang telinganya ada menangkap bunyi sesuatu. Apa dia? Sekali lagi dia tercangak-cangak. Lehernya dipanjangkan menjengah sesuatu dari ruang legar di bahagian luar masjid. Fikirannya berputar ligat. Beberapa detik dia menunggu namun kali ini tidak pula terdengar apa-apa. Perasaan aku aje ke? Soal Lebai Leman dalam hati. Mustahil. Dia belum pekak lagi. Telinganya masih lagi berfungsi dengan baik biar pun umurnya sudah menjangkau usia hampir tujuh puluh tahun. 
Didesak dengan rasa tidak puas hati, Lebai Leman bergerak. Entah kenapa hatinya tergerak untuk memeriksa punca bunyi tadi. Mesti ada sesuatu ni, dia bermonolog. 
Ketika dia melangkah masuk ke dalam, hatinya tersentak. Hampir saja jantungnya gugur ke bawah. Perasaan seramnya menjalar menguasai fikiran dan tubuhnya. Tersentak juga dia apabila melihat ada keranda terletak di tengah ruang solat. Segera dia beristighfar. Dadanya diurut-urut dengan tangan. Cuba meredakan perasaan gemuruhnya. 
Kenapa pulak keranda ni ada kat sini? Pertanyaan itu berkocak di dalam hati. Kenapa tidak dibawa ke rumah arwah Cikgu Hussein? Lebai Leman tidak mampu untuk menjawab persoalan itu. Memang jarang perkara seumpama ini berlaku, hatinya berbisik lagi. Tumpuannya masih lagi pada keranda kayu di tengah ruang solat. Bersendirian dengan keranda menjadikan hatinya tidak enak. Satu perasaan yang datang sendiri tanpa dipaksa-paksa. 
Selalunya jika ada kematian, keranda akan terus dihantar ke rumah. Bukannya di masjid. Tetapi kenapa kali ini berlainan benar? Lebai Leman masih tidak dapat menemukan sebarang jawapan. Fikirannya buntu. Akhirnya satu keluhan dilepaskan. 
Setapak demi setapak dia melangkah menghampiri keranda itu. Perasaannya mula berdebar-debar. Dia tidak tahu kenapa, namun itulah yang dirasakan ketika ini. Alah! Tiba-tiba dia memarahi dirinya. Hendak takutkan apa siang-siang begini. Mana ada hantu muncul waktu-waktu begini, bodoh! Fikir Lebai Leman lagi. 
Namun baru saja beberapa tapak Lebai Leman melangkah, kakinya terus terkaku. Ketika ini dia melihat mayat yang sudah siap dikafankan bangun dari dalam keranda. Mata mayat tersebut bulat memandang ke arah Lebai Leman. 
Wajah Lebai Leman yang terkaku di tengah ruang solat berubah pucat dengan serta-merta. Tubuhnya menggigil. Peluh jantan terus menitik di dahinya. Sepasang lututnya menggeletar. Bibirnya juga seolah-olah terkunci rapat. Sepasang kakinya juga bagaikan terpasung di lantai masjid. Bola matanya terarah pada sepasang mata milik si mayat. 
“Tolong bukakan...” rayu mayat itu dengan suara perlahan. 
Serentak dengan itu Lebai Leman menjerit sekuat hati. Lantas dia berpusing dan berlari menuju ke arah pintu masjid. Dengan kudrat yang ada Lebai Leman melompat keluar tanpa perlu menggunakan tangga lagi. 
“Hantu!!!” jerit Lebai Leman.
Jeritan nyaring pagi ini membelah kedamaian Kampung Seri Andak.

Thursday, August 21, 2014

SINOPSIS NOVEL RINDU AWAK 200%



Zill Faezrul Iqbal – Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya.
Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan.
Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel.
Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!
Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

Wednesday, July 30, 2014

sinopsis novel petaka nyawa





Penemuan catatan ‘Hijab Rindu’ yang ditemui (Hari ini) merungkai kisah kurun ke-14. Shafi membesar dalam asuhan salah seorang Wali Songo. Dengan alam yang terhijab, mengheretnya ke Tanah Langkasuka bertemu ‘Makhluk Bernyawa Panjang’. Siapakah dia? Dialah makhluk yang selalu menyesatkan anak-anak Adam. Diciptakan dari api dan angkuh kepada Allah SWT. Puteri Irdina, puteri Kerajaan Langkasuka terheret ke Sempadan Pura iaitu alam yang terhijab semasa disihir. Atas perbuatan semangat jahat, dia berubah menjadi ‘manusia berjiwa dua’’. Manakala Puteri Qaisara, puteri Kota Amuriah dikurung di sebuah tempat rahsia. Ayahandanya iatu Raja Baytizam, menjelma menjadi Puteri Qaisara melalui bantuan taghut laknatullah.

Saturday, May 24, 2014

SiNoPsIs NoVeL Lelaki SeDiNgIn Di@.....


Kaki kelab, kaki minum, kaki perempuan. Itu yang Andria dengar tentang Fawwaz Hakim. Memang benar... bagi Fawwaz, perempuan untuk dia hanya teman berhibur. Mereka ditemukan di bumi Cameron ketika masing-masing melarikan diri dari ‘perkahwinan paksa’. Saling tidak kenal tetapi ada sejarah yang tercipta. “Mati hidup balik pun kau tak akan layak kahwin dengan aku!” - Andria Kata-kata Andria tatkala segalanya terbongkar buat Fawwaz rasa tercabar. Tunggulah, dia akan buat Andria tunduk di kakinya. “Dah jadi macam ni baru nak kata tak layak? Masa kau peluk cium aku hari tu, tak rasa pulak tak layak?” - Fawwaz. “Jangan nak buat cerita lah!” - Andria. “Buat cerita? I’m telling the truth, babe. Nak aku cakap dekat mana tahi lalat kau? Ada berapa? Nak?”- Fawwaz. Putar belit Fawwaz berjaya mengaburi mata semua orang. Dan.. kerana bimbang kemungkinan yang satu itu, Andria terpaksa mengalah, menjadi isteri pada lelaki itu. “Marriage will never tie me down. Kahwin atau tak, sama aje untuk aku. Bezanya cuma sekarang, katil aku tu sentiasa ada pemanasnya.” - Fawwaz Sampai bila hati kering seorang Fawwaz boleh bertahan dengan pesona yang ada pada Andria? Mampukah Andria mengubah Fawwaz menjadi ‘manusia’?

S!NoPsIs NoVeL KeK@SiH gEl4PkU.....


Kata Addi, Rihanna gadis pelik. Kata hati Rihana, pelik itu memang sudah sinonim dengan dirinya kerana dia bukan gadis biasa. Dia gadis luar biasa yang berkawan dengan ‘hantu cantik’.
Di dunia manusia, Rihanna memilih Addi. Di dunia gelap, dia harus memilih antara Darius ataupun Ryuu, dua ‘hantu kacak’ yang sentiasa berperang merebut dirinya. Saat hati Rihanna mula menyayangi Addi, cintanya dikhianati. Addi menduakan dia tanpa sepatah kata sehingga dia jadi lemah tak bermaya.
“Abang bukan sengaja nak kecewakan Hanna.”- Addi 
“Jangan hampiri aku, Addi! Kau akan mati kalau kau terus dekat pada aku!”- Rihanna

Darius datang menjadi penyelamat. Ingatan Rihanna dihilangkan demi keselamatan. Rihanna lupa siapa Addi, lupa kehidupannya di dunia manusia dan dia dilarikan ke dunia yang gelap.
"Kau milik aku, Rihanna. Selama-lamanya. Tak mungkin kau bersama dia!" ~ Darius
Hilangnya Rihanna, muncul Ayuna yang mirip wajahnya. Terperangkap dengan rindu Addi pada Rihana dan buruan Darius, Ayuna memikat Shaqir sebagai pelindungnya. Tapi mampukan Shaqir melindungi Ayuna dari kuasa magis? “Yuna.. jadi isteri aku. Kita mulakan hidup baru jauh daripada semua kegilaan ni!.”~ Shaqir
Ke manakah Rihanna menghilang sehingga Addi jadi sasau mencarinya? Siapakah Ayuna sebenarnya? Adakah dia Rihanna yang hilang? Berjayakah Addi mendapatkan semula cintanya? Semuanya akan terjawab dalam kisah cinta bersegi-segi antara dua dunia berbeza ini. Karya bergenre dark fantasy romance ini akan mengupas segalanya.

Prolog novel karya Hani Fazuha....



Lari dari kenyataan bukan jalan penyelesaian tetapi itu yang Hareez lakukan sekarang. Duduk sendirian di pantai Cherating dengan harapan segala kesakitan yang bermukim di hati mampu dihalau pergi.

Harapannya, ketenangan akan ditemui di situ tetapi perkiraannya nyata silap. Usahkan sebuah ketenangan, hatinya sendiri yang telah hilang itu pun tidak mampu dia cari.
         
   “I minta maaf Reez. Keputusan ini I ambil bukan kerana marah tapi kerana cinta. Ya! I memang cintakan Zhafran.” Itulah pengakuan Lya yang telah berjaya merobek kejam sekeping hatinya.

            “Sejak dulu hinggalah ke saat ini dan insyaalah, kalau you tanya soalan yang sama selepas seribu tahun akan datang, jawapannya tetap sama, I tetap cintakan Zhafran.”     

Apa lagi yang boleh dia katakan selain dari cuba memujuk hati sendiri. Sudah puas dia berharap dan sudah puas juga dia berdoa tetapi Lya tetap jua memilih Zhafran. Dia terfikir sendiri, mungkinkah hatinya tidak cukup ikhlas sewaktu memanjat doa atau mungkin juga dia tidak cukup baik untuk TUHAN memakbulkan doanya?

Tetapi, dia ingin sentiasa bersangka baik terhadap YANG ESA. Siapa tahu kalau doa-doanya sedang dikumpul dan akan dimakbulkan diakhirat nanti? Mana tahu, pasangannya nanti adalah bidadari yang lebih hebat dari Lya?

            Ah! dia mengeluh lagi buat kesekian kalinya dan rasa sakit itu datang lagi mendera hatinya. Hari ini adalah hari di mana Lya akan sah menjadi milik Zhafran, adiknya sendiri dan sekaligus menutup terus peluang dia untuk memiliki Lya.

Lantaran itu, dia menjadikan kerja sebagai alasan untuk lari ke bumi Pahang ini dan saat ini, dia hanya duduk termenung di pantai Cherating menyaksikan ombak biru mencipta buih di tepi pantainya.

            “Bang, aku tak nak bermusuh dengan kau hanya kerana seorang perempuan.” Bicara Zhafran beberapa hari yang lepas berlegar di kepalanya.

            “Bercerita tentang Lya, semua perkara sudah tidak penting buat aku.” Hanya itu yang keluar dari bibirnya sebelum dia meninggalkan Zhafran yang terlopong memandang langkahnya.

            Bagaimana dia ingin memujuk hati sendiri agar melepaskan Lya tanpa sebarang bantahan? Bagaimana dia ingin menanam rasa tidak sukanya pada Lya sedang dari sudut mana sekalipun, hatinya tetap menyukai Lya.

            Sungguh.... dia sendiri tidak mengerti bagaimana Lya itu begitu mudah masuk ke hatinya dan mencipta satu rasa indah yang tidak pernah dia rasai selama ini. Bukan dia tidak pernah bercinta malah pernah juga berkahwin. Tetapi, semua itu tidak sama dengan apa yang dia rasai tatkala mengenali Lya.

            Pada dasarnya, Lya itu bukanlah perempuan yang boleh dikategorikan sebagai cantik bergaya seperti bekas isterinya tetapi cantiknya Lya itu adalah pada hati dan tingkahnya. Lya memang nampak kasar tapi dalam kasarnya ada kelembutan yang tersendiri. Sentiasa spontan dalam berbicara tapi ada kejujuran dari hatinya.

Monday, May 19, 2014



SINOPSIS

Ugutan keras melumpuhkan mulut untuk berbicara. Kerana maruah dan harga diri, dia terpaksa menerima lelaki yang memang mahu menjahanamkan hidupnya. Dia rela demi menutup aib yang mungkin kunjung tiba. Inilah padahnya suka mempermainkan perasaan kaum Adam suatu ketika dulu. – Merlissa Umairah Dendam ini tak pernah padam. Orang yang bertanggungjawab ke atas kematian Nadzril perlu mendapat pembalasan. Dia akan buat gadis itu menderita kerana mempermainkan perasaan sahabatnya itu. Dan.. jalan terbaik adalah ‘memaksa’ gadis itu menerimanya sebagai suami. – Syed Adryan Firdaus “Aku belum puas buat kau menderita. Jadi, kau jangan ingat perkahwinan ini untuk menutup aib. Kalau kau berani buka mulut, kau akan menyesal” ~ Firdaus. “Buatlah apa awak suka. Saya redha, Fir.”~ Merlissa. Banyaknya luka yang Firdaus guriskan di hati Merlissa sehingga parutnya memenuhi setiap ruang. Dan…bila hati tiba-tiba bertukar rasa, ruang yang diminta untuk menyemai benih kasih seakan tiada lagi. “Lissa mohon pada Fir, lepaskan Lissa.” ~ Merlissa “Fir tak boleh Lissa. Tolonglah… “ ~ Firdaus Jika dendam mahu ditukar menjadi cinta, berapakah harga yang perlu Firdaus bayar untuk ‘membeli’ kembali kepercayaan Merlissa?

i love sunan

i love sunan

snap 3...

snap 3...