Friday, August 23, 2013

sinopsis novel aku bukan malaikat


Rentetan kisah hidup seorang lelaki bernama Qimiel yang penuh dgn dugaan.  Akibat personalitinya, dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan.  Pola hidupnya tidak pernah lari daripada pengkhianatan.  Dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga.  Dia bergelar duda sebelum merasai nikmat rumah tangga.  Namun dia pasrah dengah ketentuanNya. 

Aku Bukan Malaikat sebuah kisah yg sarat dengan pertembungan jalan hidup yg berbeza.  Mejelaskan Allah itu maha adil.  Memberi dugaan kepada hambaNya tanpa mengenal pangkat, darjat dan keturunan.  Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yg melampaui batas kemampuan hambaNya.

SinOpsis novel dia bukan nabi (kesinambungan d@RI novel aku bukan malaikat)...


Dia Bukan Nabi adalah rantaian daripada kisah Aku Bukan Malaikat yang masih tergantung. Dalam pencarian Aisyah bagi menemukan kembar Qimiel, muncul pelbagai tanda tanya dan persoalan demi persoalan yang mendebarkan. Sesungguhnya, setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmah yang terindah dari-Nya.enal pangkat, darjat dan keketurunan. Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yang melampaui batas kemampuan hambaNya

Sinopsis Novel Di@ R@NdOm GuY....







Rihana dan Hakim, dua nama dari dua dunia berbeza, ditemukan dalam kancah penuh dosa. Bagi Hakim, Rihana itu tidak ubah seperti pelacur kelas atasan. Bagi Rihana, Hakim itu sama saja dengan lelaki kaya raya yang harus dilayan untuk mengeluarkan duit dari poketnya.

Kahwin dengan I Rin, I’ll pay you two million.” - Hakim
Dua juta tidak cukup untuk membeli maruah I, Hakim”- Rihana

Segalanya berubah apabila Rihana bertemu hidayah-Nya dan meninggalkan dunia kelam untuk berubah ke arah kebaikan. Hakim jadi panasaran mencari Rihana yang hilang.
Bertemu kembali setelah enam bulan berlalu dan melihat Rihana yang ‘baru’, Hakim jadi sedar yang dia mahukan Rihana bukan kerana nafsu tetapi kerana rasa yang satu itu sudah meresap meracuni hatinya.
Namun, melihat Rihana makin rapat dengan Ridzwan, jutawan muda yang tidak kurang kacaknya buatkan Hakim rasa tergugat. Biarpun Ridzwan itu teman baiknya, tidak bermakna Rihana juga harus menjadi teman baik lelaki itu.
Bijaknya Hakim memerangkap telah mengikat Rihana dalam sebuah perkahwinan yang sangat rumit. Kerana Hakim itu sudah menjadi tunangan Nelly, Rihana harus menjadi isteri secara sembunyi. Namun, apa akan jadi bila kisah silam Rihana dibongkar dan dikorek hingga ke akar umbi?

Hakim, I rasa macam tak layak untuk you.”- Rihana
Walau I harus mati kerana memilih you, I tetap akan pilih you.” Hakim

Kalau mati pun dia sanggup untuk Rihana, apalah sangat jika dia harus kehilangan seluruh hartanya demi wanita itu.
Mampukah perkahwinan mereka bertahan bila hidup diuji kesusahan? Sanggupkah Hakim melepaskan Rihana ke tangan Ridzwan demi merungkai segala kerumitan?


~ Rin… your love is the only thing keeping me alive ~ Hakim

**********

sinopsis novel bila blogger jadi maid.....








Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

“Jadi, nak saya buat apa?” 

“Awak kahwinlah dengan saya.” 

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

 Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan?

Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash?

Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai?

Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati?

Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah?

Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?

i love sunan

i love sunan

snap 3...

snap 3...