Friday, October 10, 2014

Sinopsis Novel MY OPPA MR. CAPPUCCINO...Selamat Membaca...!!!




Khausar, seorang penuntut kolej di sebuah pekan kecil. Bersahabat dengan Cecila, Denia dan Pijat yang sering membantu. Namun, harapannya hanya satu. Dia ingin kembali ke Jannatul Naem. Bekerja dengan Encik West pun kena pecat. Menyewa bilik Mak Cik Rita pula kena halau. 

Istifan merupakan seorang penyanyi terkenal. Hidupnya biasa bersulamkan kemewahan dan mempunyai ramai pekerja. Minuman kegemaran, mestilah kapucino! Minuman itu jugalah yang membawa dirinya ke Siputeh. Tempat yang memaut hatinya. Sekurang-kurangnya, tidak ada Ruby di situ! 

Kerana segelas kapucino, Khausar dan Istifan ditakdirkan bertemu. 
“Saya yang beli rumah ni. Macam mana boleh jadi rumah awak pula?” Istifan cuba mengawal dirinya. 

“Kalau macam tu awak tahulah berapa bilik yang ada kat sini?” Khausar bertanya. 
Sengaja ingin melihat respons yang bakal diterimanya. 

Bila dah bertemu dan suka, Istifan mula melamar. 

“Kalau saya cakap err... tak?” duga Khausar. 
“Saya terima dan nampaknya terpaksalah saya terus goda awak setiap hari.” Selamba Istifan menyahut. 

Hari-hari yang dilalui bersama Mr. Cappuccino mula membuatkan Khausar jatuh hati. Bila sudah bahagia, Istifan lupa akan dirinya lalu memilih Ruby! Lalu, bolehkah dia bersatu semula dengan oppanya?

Tuesday, September 30, 2014

sinopsis novel raudhah karya RAM....







SINOPSIS 

JOKER dan White - gandingan dua penjenayah kejam yang saling tidak mengenali. Joker adalah contract killer dan White pula pemegang kontraknya. Kod rahsia mereka – ‘Mawar Putih.’ Sasaran pembunuhan adalah golongan penjenayah kolar putih.

Hubungan mereka retak setelah Joker mengalami serangan jantung secara tiba-tiba. Jantungnya berhenti berdenyut selama tiga minit. Logik akal, Joker sudah mati! Faris dan Hambali - dua sahabat yang terpisah dan berbeza cara hidup.

Faris bergelumang dosa. Hambali pula hamba yang zuhud. Setelah membilang tahun, mereka bertemu semula di Masjid Negara. Faris menyatakan hasrat hendak berubah dan Hambali tekad mahu membantu sahabatnya itu ‘taubat nasuha.’

Cinta - muncul secara misteri. Junaidatul Al-Fatiah merupakan tunangan Hambali. Dalam diam, Faris turut mencintai gadis itu. Kedua-dua lelaki ini menggelarnya, ‘Raudhah.’ Seorang gadis dicintai dua lelaki, pasti salah seorang harus mengorbankan perasaan dan keegoan. Tapi siapa?

sinospsis (sedutan cerita pocong balik rumah)






Sedutan Cerita




Sedang dia leka dengan kerjanya, telinganya bagaikan menangkap satu bunyi. Lantas dia mematikan mesin hampa gas itu. Terus dia berdiri tegak sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Ruang legar luar itu diperhatikan seketika. Kosong! Tidak ada kelibat sesiapa pun yang dilihatnya ketika ini. Bunyi apa yang dia dengar tadi? Pertanyaan itu berkocak di dalam mindanya. 
Lebai Leman menyambung semula kerjanya. Sekali lagi ruang sepi itu diisi dengan bunyi mesin hampa gas yang bergema kuat. 
Lebai Leman terhenti lagi. Mesin ditutup dengan pantas. Bunyi aneh itu muncul lagi. Biar pun tidak jelas namun dia pasti memang telinganya ada menangkap bunyi sesuatu. Apa dia? Sekali lagi dia tercangak-cangak. Lehernya dipanjangkan menjengah sesuatu dari ruang legar di bahagian luar masjid. Fikirannya berputar ligat. Beberapa detik dia menunggu namun kali ini tidak pula terdengar apa-apa. Perasaan aku aje ke? Soal Lebai Leman dalam hati. Mustahil. Dia belum pekak lagi. Telinganya masih lagi berfungsi dengan baik biar pun umurnya sudah menjangkau usia hampir tujuh puluh tahun. 
Didesak dengan rasa tidak puas hati, Lebai Leman bergerak. Entah kenapa hatinya tergerak untuk memeriksa punca bunyi tadi. Mesti ada sesuatu ni, dia bermonolog. 
Ketika dia melangkah masuk ke dalam, hatinya tersentak. Hampir saja jantungnya gugur ke bawah. Perasaan seramnya menjalar menguasai fikiran dan tubuhnya. Tersentak juga dia apabila melihat ada keranda terletak di tengah ruang solat. Segera dia beristighfar. Dadanya diurut-urut dengan tangan. Cuba meredakan perasaan gemuruhnya. 
Kenapa pulak keranda ni ada kat sini? Pertanyaan itu berkocak di dalam hati. Kenapa tidak dibawa ke rumah arwah Cikgu Hussein? Lebai Leman tidak mampu untuk menjawab persoalan itu. Memang jarang perkara seumpama ini berlaku, hatinya berbisik lagi. Tumpuannya masih lagi pada keranda kayu di tengah ruang solat. Bersendirian dengan keranda menjadikan hatinya tidak enak. Satu perasaan yang datang sendiri tanpa dipaksa-paksa. 
Selalunya jika ada kematian, keranda akan terus dihantar ke rumah. Bukannya di masjid. Tetapi kenapa kali ini berlainan benar? Lebai Leman masih tidak dapat menemukan sebarang jawapan. Fikirannya buntu. Akhirnya satu keluhan dilepaskan. 
Setapak demi setapak dia melangkah menghampiri keranda itu. Perasaannya mula berdebar-debar. Dia tidak tahu kenapa, namun itulah yang dirasakan ketika ini. Alah! Tiba-tiba dia memarahi dirinya. Hendak takutkan apa siang-siang begini. Mana ada hantu muncul waktu-waktu begini, bodoh! Fikir Lebai Leman lagi. 
Namun baru saja beberapa tapak Lebai Leman melangkah, kakinya terus terkaku. Ketika ini dia melihat mayat yang sudah siap dikafankan bangun dari dalam keranda. Mata mayat tersebut bulat memandang ke arah Lebai Leman. 
Wajah Lebai Leman yang terkaku di tengah ruang solat berubah pucat dengan serta-merta. Tubuhnya menggigil. Peluh jantan terus menitik di dahinya. Sepasang lututnya menggeletar. Bibirnya juga seolah-olah terkunci rapat. Sepasang kakinya juga bagaikan terpasung di lantai masjid. Bola matanya terarah pada sepasang mata milik si mayat. 
“Tolong bukakan...” rayu mayat itu dengan suara perlahan. 
Serentak dengan itu Lebai Leman menjerit sekuat hati. Lantas dia berpusing dan berlari menuju ke arah pintu masjid. Dengan kudrat yang ada Lebai Leman melompat keluar tanpa perlu menggunakan tangga lagi. 
“Hantu!!!” jerit Lebai Leman.
Jeritan nyaring pagi ini membelah kedamaian Kampung Seri Andak.

Thursday, August 21, 2014

SINOPSIS NOVEL RINDU AWAK 200%



Zill Faezrul Iqbal – Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya.
Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.
Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan.
Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel.
Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel.
Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque!
Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?

i love sunan

i love sunan

snap 3...

snap 3...