Friday, October 10, 2014

SINOPSIS BUKU Khutbah Rasululllah: Wasiat Agung Buat Umat Tercinta ~ Rohidzir Rais...


Muhammad bin Abdullah adalah manusia biasa yang diberikan tanggung jawab luar biasa. Sebagai perantara atau rasul di antara Tuhan kepada hamba-hambanya, Rasulullah perlu menyampaikan semua peringatan, pesanan dan arahan Allah kepada umatnya. Justeru, sudah tentu Rasulullah perlu melibatkan diri di tengah masyarakat dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka. Tidak hanya mengendalikan urusan langit dan agama, Rasulullah mengatur urusan kenegaraan, menyiapkan ketenteraan bagi menghadapi musuh, menyelesaikan kemelut dan konflik dalam negara, malah mendamaikan sengketa keluarga.
Prihatin dengan permasalahan umatnya, Rasulullah tidak hanya berkhutbah di atas mimbar di majlis rasmi seperti pemimpin lain. Beliau menyampaikan pesanan dan teguran di medan peperangan, di pasar, di kebun, di tepi jalan, malah ketika berada di atas belakang unta.
Sewajarnya kita mencemburui para sahabat yang berpeluang mendengar nasihat dan kata-kata indah daripada Rasulullah. Ibarat titisan embun yang menyegarkan jiwa, membangkitkan rohani. Besarnya impak kata-kata Rasulullah dapat dilihat pada emosi sahabat yang terusik hingga menitiskan air mata, merintih kekesalan. Malah musuh yang mahu membunuhnya juga terkesima hingga melepaskan pedangnya.
Alangkah indahnya jika ucapan dan pidato Rasul mulia ini dapat kita tatap kembali bagi mengisi rongga hati kita yang lompong. Justeru, buku ini disusun dengan menghimpunkan pidato, syarahan dan teguranRasulullah kepada sahabat-sahabatnya. Bagi memudahkan pembaca umum, buku ini disusun mengikut bab tertentu, seperti akidah, akhirat, kematian, syurga dan neraka, pemimpin dan kepimpinan serta wasiat yang ditujukan khusus kepada sahabat-sahabat tertentu.
Walau pun tidak mendengar dari lidah suci Rasulullah sendiri, sekurang-kurangnya pembaca dapat memanfaatkan inti sari khutbahnya dalam kehidupan seharian.

SINOPSIS NOVEL DIA IMAMKU ~ NAJWA RAHMAN...




Bila mama Insyirah mengusulkan untuk
perkahwinannya dengan Naufal, dia bersetuju tanpa raguragu
kerana gambaran Naufal sama seperti gambaran lelaki
misteri dalam mimpi-mimpinya.
Tetapi, saat dia mula
mengenali lelaki itu, hatinya dibalut sebal dan geram. Lelaki
itu tak seperti yang dia gambarkan. Naufal seorang yang sinis,
dingin, beku dan lain-lain lagi.

Tetapi sesudah mereka diijabkabulkan, Naufal
bukanlah dingin mana. Si kelat-kelat masam ni pun lelaki
biasa. Bisa bertukar menjadi si manis-manis gula yang buat
Insyirah terkena kencing manis setiap masa.

Saat bahagia meraja jiwa, mereka harus terpisah
dek cita-cita sang suami. Ketika itu, hadirnya ‘si dendeng’
yang mengocak hubungan bahagia itu. Mampukah mereka
bertahan dengan hanya kasih sayang mereka? Atau, ikatan
suci yang dicipta kerana keluarga bakal terlerai begitu saja?
“Abang janji pada Insyirah, cinta abang hanya untuk
Insyirah sorang dan hanya abang yang akan jadi imam
Insyirah. Tiada lain, insya-Allah.” - Naufal.

“Dia memang sudah ditakdirkan untuk menjadi
imamku sedari awal, cuma aku tidak menyedarinya.” -
Insyirah.”

SINOPSIS NOVEL AKU BUKAN MISTRESS ~ ACIK LANA



Marahlah sepuas hatimu,
caci makilah selagi kau terdaya,
hinalah aku selagi kau mampu.
Tapi..... kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?

Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil  yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

SINOPSIS NOVEL SEJARAH ~ KONSTANTINOPEL KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH



Novel sejarah bertemakan tempat ini sarat dengan fakta tetapi diadun dengan beberapa watak fiksyen. Jika novel sejarah pertama beliau Macedonia menceritakan tokoh Raja Zulqarnain, melalui novel ini, Web Sutera memasukkan tokoh-tokoh Islam yang cuba membebaskan Konstantinopel termasuklah Sultan Muhammad Al-Fateh.
Konstantinople sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke -7 sebelum masihi. Nama asalnya ialah Bizantium. Dimasyurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Bizantin untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.
Kemegahan kota mecemburui pelbagai pihak, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.
Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi.

i love sunan

i love sunan

snap 3...

snap 3...